Anggota kumpulan Super Junior, Heechul baru-baru ini melahirkan rasa bimbangnya mengenai tindakan sesetengah peminat yang terlalu taksub dengan artis pujaan mereka. Malah, ia lebih memberi kesan padanya selepas peristiwa dia dibaling hadiah oleh peminat semasa dia dibaling hadiah oleh peminat semasa mengikuti konsert Super Show 3 di Shanghai, China baru-baru ini. Akibat peristiwa itu, Heechul telah mengalami kecederaan di wajahnya. ''Memanglah sekarang saya sudah sembuh daripada kecederaan, tetapi saya bimbang perkara yang sama akan berlaku kepada anggota yang lain. ''Saya tahu peminat memang sayangkan kami, tapi saya harap mereka sedar kalau perkara ini berlaku lagi, ia akan mengganggu jadual persembahan kami. ''Kepada peminat yang suka membaling hadiah kepada kami, kamu harus berhenti! Kami tak mungkin boleh memberikan persembahan yang baik jika kami terganggu,'' tegasnya.
0 ulasan:
Catat Ulasan